Kereta Sewa Bezza – Pengenalan

Salam semua, hari ni Kereta Sewa Shah Alam nak memperkenalkan kereta terbaru dalam fleet kitorang, Perodua Bezza. Kereta Sewa Bezza kitorang ni, baru sahaja masuk ke dalam fleet kereta2 kitorang, bak kata orang, Fresh from oven lagi tu.

Siapa yang tak kenal Perodua Bezza lagi, sila angkat tangan. hehehehe Bagi yang baru nak kenal, atau tak pernah kenal Kereta Sewa Bezza ni, biar kitorang bagikan lebih jelas macam mana bentuk dan spesifikasi kereta Perodua Bezza ni.

kereta sewa bezza
Nak Sewa Perodua Bezza? Call 013-918 8282

Ok. Ni sedikit info pasal kereta sewa terbaru kitorang.

Perodua dijadual melancarkan model sedan Perodua Bezza itu secara rasmi dalam majlis pelancarannya pada 21 Julai 2016. Perodua Bezza adalah hasil kerjasama dan pemindahan teknologi bersama rakan kongsi Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd.

Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), iaitu fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelinciran yang membolehkan pengguna mengekalkan kestabilan semasa memandu. Varian ini juga didatangkan dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Tarikan (TRC) yang membolehkan pemandu mengekalkan daya tarikan di atas jalan yang licin.

Satu lagi yang kitorang sangat suka dengan Kereta Bezza Sewa ni, kereta ini keyless dan ada “Push Start” Button. Dah jadi macam tahap kereta2 mewah kitorang yang lain seperti MPV Sewa Vellfire dan MPV Sewa Starex. Cuma, berhati2 ye simpan jaga kunci kereta ni, sebab takut tertinggal dalam kereta je. hehehe

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat call/sms/whatsapp kitorang, Kereta Sewa Shah Alam, kat no dibawah untuk tempah / sewa Bezza ni atau memerlukan kereta sewa jenis2 lain. Insyaallah, kitorang akan bantu sebaik mungkin.

Kereta Sewa untuk semua.

Call/sms/whatsapp : 013-918 8282

Alamat Pejabat : B1-11, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, 40000 Shah Alam.

 

Kereta Sewa Perodua Bezza